Sunday, November 30, 2008

Coretan Sebuah Kehidupan.....


Meniti hari,
yang semakin ke penghujung,
bagai membilang jari,
untuk mengadapNya yang Maha Esa,
amalan dan ibadah,
masih belum mampu untuk menyelamatkan diri,
sekadar termampu,
namun,
ia tidak semestinya kita tidak perlu untuk melakukannya.....
ia wajib dan satu tuntutan,
bagi melahirkan insan yg syumul,
semoga kebaikan hari ini dapat mengubati dosa2 yang lalu...
sebagai umat yang sering lalai dan leka,
pasti kita sering terlupa,
bahawa Dia,
satu2nya tempat utk kita mengadu...
tiada yang lain selainNya...
Tuhan yang satu...
kenapa kita selalu alpa,
atas anugerah yang dikurniakan olehNya...
cuma sekadar melafazkan,
kalimah ALHAMDULILLAH,
cukup untuk menunjukkan tanda kita bersyukur atas nikmatNya....
Ya ALLAH,
Aku bermohon kepadaMu,
Kuatkan Imanku,
agar hati ini sentiasa tenang dan dijauhkan dari perasaan hasad dan cemburu,
semoga hati ini sentiasa dalam keadaan bersih,
sesungguhnya hambamu ini lemah dengan godaan,
Syaitan yang sering menghasut,
agar melakukan kejahatan.....
semoga hambamu ini sentiasa berada dikalangan oRg2 yang Beriman...
Insyaallah....

No comments: